Mampat ingin mengucapkan setinggi kesyukuran kepada ALLAH di atas pemansuhan PPSMI. Tahniah tidak terhingga kepada semua pejuang Bahasa terutama Rakyat Malaysia yang menentang PPSMI. Tahniah...tahniah dan tahniah......
Mansuh PPSMI 'kejayaan rakyat'
Abdul Rahim Sabri
Jul 8, 09
4:45pm
Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012 sebagai satu kejayaan rakyat.
"Rakyat seluruhnya tentu lega dan gembira, kerana pengajarannya di sekolah kebangsaan Cina dan India juga turut dikembalikan kepada bahasa ibunda masing-masing," katanya kepada Malaysiakini.
GMP merupakan gabungan badan-badan bahasa, NGO dan parti-parti politik yang ditubuhkan untuk mendesak kerajaan supaya memansuhkan dasar yang diperkenalkan sejak 2003.
anti ppsmi rally 070209 tear-gasMelalui GMP, isu PPSMI juga turut dibangkit dalam kempen beberapa pilihanraya kecil yang diadakan sejak awal tahun ini.
Hassan mengucapkan syabas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, yang menteri pelajaran, kerana "berani membuat keputusan yang benar" demi kebaikan masa depan rakyat.
Katanya, PPSMI merupakan satu dasar yang salah dan menyusahkan rakyat serta membazirkan wang untuk kembali kepada dasar asalnya.
"Walaupun pelaksanaan sepenuhnya hingga 2012, tetapi bagi saya ia melibatkan operasi, bukan soal dasar PPSMI," katanya ketika diminta mengulas pengumuman Muhyiddin hari ini.
Hassan berkata, GMP memberi sokongan penuh kepada beliau sehingga proses seterusnya sehingga 2012.
Berikutan itu, katanya, GMP akan bermesyuarat dalam masa terdekat sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pemansuhan PPSMI.
Daulat bahasa Melayu
Ditanya sama ada pemansuhan itu lebih baik dilaksanakan secara serta-merta, Hassan berkata:
"Tak usahlah, tak payah begitu. Kita dah enam, tujuh tahun (dalam dasar itu), sekarang sudah kembali sepenuhnya seperti dahulu.
anti ppsmi rally 070209 rally 02"Apa yang kerajaan perlu buat, ialah tumpu perhatian dengan meningkatkan kaedah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, bukan bahasa pertama.
"Supaya anak-anak semua kaum mahir bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua," tambahnya.
'Hanya sebahagian selesai'
Sementara itu, Setiausaha Gabungan Penulis Nasional (Gapena) Datuk Dr Zainal Abidin Borhan menyifatkan 'sebahagian daripada isu PPSMI masih belum selesai'.
Katanya, ini kerana pemansuhan dasar tersebut hanya membabitkan sekolah rendah dan sekolah menengah tetapi tidak mengambil kira pelajar tingkatan enam dan matrikulasi.
"Secara peribadi, saya menyatakan sebahagian daripada perjuangan (Gapena) itu belum selesai.
"Kalau kita lihat dari sudut sosialnya, ada pembahagian pelajar yang mengambil aliran sains dan aliran sastera, kita dapati pelajar kelas sains akan terus belajar sains dan matematik dan seluruh mata pelajaran sains dalam bahasa Inggeris.
"Sedangkan aliran sastera di tingkatan enam, akan terus mengalami diajar dalam bahasa Melayu. Jadi kita lihat berlaku dualisme dalam pembahagian masyarakat.
"Dan ini akan membentuk psikologi pemikiran bahawa barangkali yang berbahasa Inggeris lebih baik daripada yang berbahasa Melayu.
"Ini akan menyebabkan pemilihan universiti akan berubah kerana pelajar mencari institut pengajian tinggi yang lebih mudah dan lebih selesa (diajar) dalam bahasa Melayu, tidak dalam bahasa Inggeris. Dan ini sudah berlaku sekarang," katanya dalam satu sidang akhbar.
Gapena akan bantu
Sementara itu, Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussein pula berkata menyifatkan pemansuhan PPSMI itu sebagai satu tindakan yang "sangat realistik" kepada rakyat Malaysia.
"Kami berikrar memberi segala pertolongan yang boleh (kepada kerajaan) untuk membantu dan menyumbang tenaga untuk memantapkan kedudukan bahasa di Malaysia," kata dalam sidang media yang sama.
"Kami menyokong bahasa Melayu sebagai kebangsaan dan bahasa Inggeris juga menjadi bahasa antarabangsa, kami harap sangat sifat-sifat dan perangai lama tidak dilanjutkan iaitu mementingkan bahasa Inggeris dan mempermainkankan Bahasa Melayu.
"Bahasa Melayu harus terus di beri perhatian dan dimantapkan sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai bahasa perhubungan," katanya.
Manakala Ketua Gapena 2, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar pula berkata, ia menunjukkan kerajaan "mendengar pandangan rakyat" dan membuat "keputusan yang bijak".
"Kombinasi semua kajian termasuk kajian Pembina dijadikan sebagai panduan utama iaitu dasar PPSMI itu merugikan orang Melayu terutama di luar bandar.
Namun, katanya, bahasa inggeris dan bahasa lain harus dipelajari sebagai satu usaha untuk menambah ilmu pengetahuan di kalangan rakyat Malaysia.
Beliau juga berharap agar kerajaan konsisten untuk menjadikan bahasa Melayu juga dijadikan sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di Malaysia.
Daulat bahasa Melayu
Sementara itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut menyambut baik keputusan kerajaan itu.
"Keputusan itu merupakan satu tafsiran komitmen kerajaan untuk mempertahan dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
"Ia juga cerminan sikap kerajaan yang bersedia untuk mendengar dan mengambil pertimbangan sewajarnya terhadap suara rakyat," kata badan itu dalam satu kenyataan.
NGO itu juga berpendapat bahawa keputusan tersebut bijak serta bertepatan dengan usaha untuk mengukuhkan perpaduan nasional melalui bahasa kebangsaan.
Thursday, July 9, 2009
Pembatalan PPSMI - Tahniah Pejuang Bahasa dan Tahniah Rakyat...
Posted by MAMPAT at Thursday, July 09, 2009 0 comments
Sunday, July 5, 2009
E-Book Dah Mula Disalah Guna... Satu Lagi Projek Menbazir dan Mencipta Masaalah...
Masalah Mula Timbul, Lima Pelajar Salah Guna E-Book Muat Turun Lagu Michael Jackson PDF Print E-mail
Written by SM Noor
Sunday, 05 July 2009 02:33
KUALA TERENGGANU – Kementerian Pelajaran tidak akan melaksanakan program e-book dan berpendapat adalah lebih baik perbelanjaan membekalkan komputer e-buku (e-book) digunakan untuk mempertingkatkan infrastruktur diluar Bandar.
Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata walaupun ia adalah inisiatif yang baik, namun kementerian tidak bercadang untuk melaksanakannnya diperingkat kebangsaan.
"Saya sedar banyak sekolah dinegara maju menggunakan kaedah tersebut untuk mendedahkan pelajarnya kepada teknologi maklumat, namun ia menghadapi masalah untuk dipantau,” katanya.
Pendapat beliau disokong oleh Kesatuan Guru-guru Kebangsaan yang berkata ia akan menimbulkan kesukaran kepada guru-guru bagi memastikan apakah perisian yang akan dimuat turun oleh pelajar yang memilikinya (e-book).
Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, wang tersebut lebih baik digunakan untuk mempertingkatkan kemudahan sekolah-sekolah diluar bandar.
"Mereka akan mendapat kelebihan dari program (e-book) tetapi apa yang lebih membimbangkan ialah apa-apa jua mungkin (akan dimuat turun) kerana semuanya boleh diakses dengan mudah di ruang maya.”katanya.
Kebimbangan yang sama pernah dikemukakan oleh ADUN Ladang, Dato’ Tengku Hassan Omar dalam Sidang Dewan Undangan Negeri April lalu.
”Saya hendak bertanya apakah telah dibuat kajian, dengan memasukkan buku teks ke dalam e-buku ini akan meninggikan prestasi para pelajar, hanya kerana masukkan buku teks kedalam e-book dan bawa ke sekolah,
”atau laptop ini boleh diguankan untuk perkara-perkara lain, apakah e-book ini tidak disalahgunakan oleh keluarga pelajar itu,” tanya Dato’ Tengku Hassan. (Klik Untutk Dengar Ucapan Dato' Tengku Hassan di Buletin Online Radio)
Beliau juga meminta penjelasan dari Exco Pendidikan Ahmaf Razif Abdul Rahman kerana beliau yakin sekiranya hanya dengan memasukkan buku teks kedalam e-book, ia tidak akan berjaya meningkatkan prestasi seorang pelajar.
Tambahnya, apa yang membincangkan adalah, e-book mungkin terdapat penyelewengan dalam penggunaan e-book tersebut.
Razif dalam jawapannya dalam Sidang DUN tersebut, memberi jaminan perkara-perkara negatif dalam penggunaan e-book tidak akan berlaku kerana telah dibuat pemantauan dan sebagainya.
Namun tidak sampai tiga bulan jaminan tersebut dan ketika pembahagian e-book sedang rancak kepada para pelajar diseluruh Terengganu, Razif telah memberi amaran akan menarik balik pemberian e-book sekiranya ada pelajar yang menyalahgunakannya.
Amaran keras itu dikeluarkan ekoran laporan yang mendapati lima pelajar telah menggunakan e-book untuk memuat turun lagu-lagu ‘Micahel Jackson’ dan beberapa kegiatan yang tidak sepatutnya.
Lima pelajar tersebut telah menyimpan lagu Man In The Mirror, Beat It and Billie Jean dalam e-book mereka apabila diperiksa oleh guru mereka.
Dua daripada pelajar tersebut juga memuat turun klip video Raja Pop tersebut.
Walaupun begitu, Razif masih berkata ianya dalam kawalan dan pihaknya pasti dapat menylesaikan masalah tersebut.
Sehingga kini sebanyak 12,000 e-book berharga RM 999 setiap satu telah diagih-agihkan.
Selain membelanjakan berjuta ringgit untuk program tersebut, kerajaan negeri terpaksa memperuntukkan kewangan melantik 500 orang pegawai bagi memantau program tersebut
Posted by MAMPAT at Sunday, July 05, 2009 1 comments
Friday, July 3, 2009
Bina Gerai RM 1.5 juta Untuk Dirobohkan - Apa cerita MBKT ???
Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) merasa terpanggil untuk berbicara mengenai "Kewujudan" Gerai-gerai baru tetapi menunggu 'maut' di Pekan Batu 6, Kuala Nerus. Kehadiran gerai-gerai tersebut amatlah ganjil dan pelek kerana seperti mana semua sedia maklum, bahawa Pekan Batu 6 telah diwartakan terlibat dengan Draf Pembangunan Kawasan Batu 6-Tepoh dalam RKK.
Semua sedia maklum bahawa semua gerai-gerai yang sedia ada akan dirobohkan kerana akan didirikan dengan banggunan rumah kedai yang tersusun. Jadi pelbagai persoalan telah timbul antaranya;
1. Berapa lamakah usia gerai-gerai ini mengikut RPK Pekan Batu 6-Tepoh
2. Kenapakah ianya tetap didirikan sedangkan ianya pasti akan dirobohkan ?
3. Kenapa MBKT boleh membenarkan ianya didirikan ?
4. Berbaloikah projek berjumlah RM 1.5 juta dibina hanya untuk dirobohkan ?
5. Terlalu banyakkah duit Kerajaan Negeri untuk membazirkan duit dengan membina Gerai-gerai yang PASTI akan dirobohkan ?
6. Sudah habiskah rakyat miskin di negeri Terengganu yang boleh dibantu dengan RM 1.5 juta...
MAMPAT juga difahamkan bahawa budget RM 1.5 juta yang diluluskan di dalam Dewan Undangan adalah meliputi 10 blok gerai. Namun kerana kesempitan dan ketiadaan ruang, hanya 6 blok sahaja yang berjaya dibina.
Lokasi betul2 di tepi jalan utama. Sekiranya pelebaran jalan Batu 6 dilakukan... Gerai tersebut pasti akan dirobohkan....
Deretan Gerai yang sedang dalam Pembinaan... tapi Bakal diruntuhkan apabila RPK Batu 6-Tepoh dilaksanakan.... Berbaloi ke ? Bukankah jalan Batu 6 ni akan dibesarkan ? Ini sahkan dengan kehadiran pembahagi jalan yang berada di tengah-tengah jalan.
Sign Board Projek yang bernilai RM 1.52 Juta. Logik ke macam ni ??? Apa kualiti kontraktor yang menjalankan projek RM 1.5 juta dengan sign board "secanggih ini"
Posted by MAMPAT at Friday, July 03, 2009 1 comments
Thursday, June 25, 2009
Assalamualaikum....
MAMPAT merasa terpanggil untuk berkongsi sedikit maklumat bersama semua pengunjung blog beragama Islam.... Berhati-hatilah dan hayatilah dan laksanakan dalam kehidupan...
Kesimpulannya.... Banyak lagi ilmu yang kita tak tahu, oleh itu Belajarlah kamu hingga selama-lamanya....
Posted by MAMPAT at Thursday, June 25, 2009 1 comments
Monday, June 22, 2009
PRESS RELEASE STADIUM RUNTUH - MAMPAT MINTA TUBUH BADAN BEBAS UNTUK SIASAT

MAJLIS PERMUAFAKATAN RAKYAT TERENGGANU (MAMPAT)
KENYATAAN MEDIA
22 JUN 2009 / ISNIN
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) terpanggil untuk mengadakan sidang akhbar pada hari ini kerana merasakan perlu dibuat suatu gesaan berkenaan isu bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh secara tiba-tiba pada 2 Jun 2009 lalu.
Pertamanya, MAMPAT menyatakan sokongan penuh terhadap YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said berkenaan penubuhan suatu badan bebas bagi menyiasat punca sebenar terjadinya runtuhan bumbung stadium berkenaan. Ini mengambil kira JKR adalah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab penuh terhadap projek berkenaan kerana ianya adalah projek di bawah selenggaraan JKR.
MAMPAT ragu sekiranya siasatan tersebut dijalankan oleh JKR sendiri, kerana merasakan siasatan tersebut tiada ketelusan dan akan dipertikaikan banyak pihak.
PENGAWASAN DAN PEMANTAUAN
Apa yang menarik untuk MAMPAT dedahkan pada hari ini adalah bagaimana sebuah projek yang bernilai ratusan juta ringgit ini sepatutnya dipantau dan diawasi oleh JKR. Sejauh manakah penglibatan oleh pihak-pihak Perunding yang dilantik di dalam proses Pengawasan Harian sepenuh masa bagi memastikan kerja-kerja dijalankan dan dilaksanakan mengikut spesifikasi yang diluluskan dan mengikut terma-termanya. Yang dimaksudkan adalah samada dari skop strukturnya atau dari skop Arkiteknya. Memandangkan banggunan Stadium tersebut adalah sebuah banggunan yang bercirikan “Kehebatan dan Kecanggihan” bidang pembinaan, adalah suatu kewajipan sepatutnya keterlibatan sekumpulan Penyeliaan dan Pembuatan yang sangat pakar dan berpengalaman diperlukan. Namun ianya tidak terjadi. Dari segi Pengawasan, apa yang sepatutnya berlaku adalah ;
Pengawasan projek stadium tersebut adalah di bawah Pengarah JKR Negeri. Kebiasaannya JKR akan melantik Suppritenden Officer (SO). Dalam kes ini Pengarah JKR sendiri adalah SO. Selain SO,biasanya dilantik pula wakil SO. Bagaimanapun, dalam kes ini tiada wakil SO yang dilantik. Terdapat ketidakcekapan dari segi struktur pengurusan.
Untuk Itu, MAMPAT ;
Memohon pihak JKR untuk menyerahkan Carta Organisasi Pengawasan dan Pengurusan yang lengkap. Senarai tersebut juga haruslah lengkap dengan bidang kuasa-bidang kuasa yang telah dibenarkan.
PEMILIHAN KONTRAKTOR PAKAR
Dalam konteks Pemilihan Kontraktor Pakar, MAMPAT berasa amat dukacita kerana JKR sekali lagi dilihat tidak teliti dan professional. Selain JKR dilihat gagal menjalankan kerja-kerja pemantauan dan pengawasan, MAMPAT juga hairan bagaimana JKR telah menyerahkan kerja-kerja pemasangan bumbung kepada “Kontraktor Utama” sedangkan kontraktor terbabit tidak mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan.
Bagi kerja-kerja pemasangan bumbung, peruntukan yang digunakan adalah daripada “ Wang Peruntukan Sementara “. Pada kebiasaannya, kerja-kerja ini sepatutnya melibatkan tenaga pakar dan akan dibuat secara ‘open tender’ yang berasingan. Namun, pihak JKR didapati telah menyerahkan kerja-kerja pemasangan bumbung tersebut kepada kontraktor Utama secara terus sedangkan Kontraktor Utama tidak mempunyai kepakaran untuk melakukannya apatah lagi dengan konsep “bumbung Canggih”. MAMPAT juga mendapati bahawa, semua kerja-kerja seperti Mekanikal, Elektrikel dan C&S yang diberi secara “open tender” tidak menghadapi sebarang masalah.
Untuk Itu MAMPAT ;
Menggesa pihak JKR untuk menjelaskan kenapakah kerja-kerja pembinaan dan pemasangan bumbung canggih ini di beri secara terus kepada kontraktor utama ?
SIKAP JKR DALAM MENANGANI PERMASALAHAN
MAMPAT juga melahirkan rasa dukacita terhadap JKR bilamana pelbagai teguran, pandangan yang diberikan pelbagai pihak terhadap permasalahan pada bumbung stadium tersebut, namun pihak JKR tidak mengambil tindakan yang sewajarnya. MAMPAT difahamkan bahawa teguran untuk membaiki bumbung juga pernah disuarakan oleh Dato’ MB sendiri, namun tiada tindakan yang diambil. MAMPAT berasa sangat kesal dan kecewa kerana JKR yang selama ini yang terkenal dengan slogan ‘Jasa Kepada Rakyat’ telah mengabaikan amanah dan tanggungjawabnya dan lebih malang lagi apabila mendedahkan nyawa rakyat kepada bahaya.
MOHON SIASATAN BEBAS
MAMPAT sekali lagi menyeru supaya diwujudkan “Satu Badan Bebas” bagi menjalankan siasatan ini bagi memastikan ketelusan, seterusnya mengembalikan keyakinan rakyat terhadap jentera kerajaan.
Atas semangat 1Malaysia juga, MAMPAT meminta badan-badan berkaitan seperti SPRM turut telus dan menjalankan siasatan sewajarnya bagi memastikan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”
“Dari Rakyat Kepada Rakyat “
Wallahua’lam.
MOHAMAD FAUZI ABU SAMAH
PENGERUSI
MAJLIS PERMUAFAKATAN RAKYAT TERENGGANU
(MAMPAT)
Posted by MAMPAT at Monday, June 22, 2009 0 comments
Wednesday, June 17, 2009
2 Kampung Melayu Bakal Lenyap dari Bumi Kuala Terengganu...
LPT fasa 2 siap lewat setahun dari jangkaan awal
17/06/2009 6:01pm
KUALA TERENGGANU 17 Jun — Fasa dua Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang sebelum ini dijadualkan siap pertengahan 2011, dijangka mengalami kelewatan setahun lagi kerana dua kontraktor yang terlibat dalam pembinaan lebuh raya itu menarik diri.
Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata kontraktor itu menarik diri berikutan harga bitumen, yang merupakan bahan utama bagi kerja-kerja menurap lebuh raya itu, melambung tinggi.
Beliau berkata setakat ini seorang kontraktor sudah menghantar surat menarik diri, manakala seorang lagi dalam proses untuk berbuat demikian.
“Harga bitumen yang tinggi menyebabkan kontraktor itu menarik diri kerana tidak mampu. Jika mereka teruskan juga kerja-kerja itu, mereka akan mengalami kerugian yang besar,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.
Fasa Dua LPT yang melibatkan 11 pakej pembinaan bermula dari laluan Jabor sehingga ke Kampung Gemuroh, membabitkan kos keseluruhan RM3.7 bilion.
Ahmad berkata berikutan penarikan diri dua kontraktor itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membuka tender bagi mendapatkan kontraktor baru.
Sebelum ini pembinaan lebuh raya itu sudah beberapa kali terganggu antara tiga dan empat bulan disebabkan bahan binaan yang tinggi, namun projek itu diteruskan semula setelah harga bahan itu kembali stabil.
Sementara itu Ahmad berkata kerajaan merancang untuk menyusun semula bandar raya Kuala Terengganu, dengan mengambil alih tanah di Kampung Ladang hingga Kampung Tanjung di sini.
Beliau berkata bagi peringkat pertama, kerajaan negeri meluluskan untuk mengambil kembali tanah seluas kira-kira empat hektar, di sekitar Kamung Ladang Tok Pelam, manakala peringkat kedua membabitkan kira-kira empat hektar lagi dari Kampung Tanjung hingga ke pusat beli belah Astaka.
“Saya sudah arahkan Pejabat Tanah dan Galian menyelesaikan pengambilalihan tanah bagi peringkat kedua itu dalam tempoh dua bulan dari sekarang,” katanya.
— BERNAMA
Posted by MAMPAT at Wednesday, June 17, 2009 2 comments
Sunday, June 14, 2009
BerZikir Mempertingkatkan Potensi Otak ...
Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas..
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Posted by MAMPAT at Sunday, June 14, 2009 0 comments
Saturday, June 13, 2009
Stadium Runtuh - 3 Bekas Exco Dipanggil SPRM, Idris bila lagi ???
KUALA TERENGGANU – Sekurang-kurang tiga orang bekas Exco kerajaan negeri dan beberapa pegawai senior dari Jabatan Kerja Raya negeri akan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk siasatan tragedi bumbung runtuh Stadium Sultan Mizan Zainal.
Satu sumber menyatakan bekas Exco kerajaan negeri mempunyai maklumat penting dalam membantu merungkai kejadian yang memalukan 2 Jun lalu.
Sumber tersebut turut menyebut dokumen melibatkan pemilihan kontraktor yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pemasangan atap Stadium bernilai RM300 juta itu akan diperolehi dari pihak berkenaan.
“Kami telah mengenalpasti nama beberapa individu penting bagi membantu penyiasatan,”kata sumber tersebut yang tidak mahu menyebut nama bekas Exco terbabit dan individu yang akan dipanggil.
Tiga orang yang bertanggungjawab memastikan Stadium tersebut siap menjelang SUKMA 2008 adalah Dato’ Wan Hisham Wan Salleh (Kemudahana Awam dan Infrastruktur), Dato’ Din Adam (Belia dan Sukan) dan Dato’ Rosol Wahid (Islam Hadhari dan Kebajikan)
Din dan Rosol masih berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, sebelumnya menjadi Exco kerajaan dibawah bekas Meneteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh.
Posted by MAMPAT at Saturday, June 13, 2009 0 comments
Friday, June 12, 2009
SPRM Tahan Pemimpin UMNO Terengganu ?
Kemaskini - Siasatan kes rasuah dua Datuk diserah kepada pendakwaan
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan siasatan berhubung isu rasuah pembinaan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) membabitkan dua lelaki bergelar Datuk telah siap dan diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdull memberitahu, pihaknya berpuas hati dengan keseluruhan hasil siasatan itu dan telah merakamkan keterangan kedua-dua lelaki yang berusia lingkungan 50-an itu
Menurutnya, SPRM turut mengambil dokumen berkaitan projek pembinaan lebuh raya berkenaan membabitkan kedua-dua mereka.
"Kami telah menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwaan SPRM untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Difahamkan, kedua-dua lelaki terbabit ditahan ketika datang ke pejabat SPRM Shah Alam untuk memberi keterangan kira-kira pukul 11 pagi semalam.
Bagaimanapun, kedua-duanya telah dibebaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM20,000 setiap seorang.
Turut difahamkan, siasatan mengenai penyelewengan projek tersebut telah dijalankan selepas media pada Ogos 2004 membuat pendedahan mengenai keretakan MRR2 yang tidak selamat digunakan.
Sementara itu, Ketua Unit Pendakwaan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang meneliti kertas siasatan terbabit sebelum sebarang keputusan diambil.
Dalam pada itu, salah seorang daripada Datuk yang dikaitkan dengan kes tersebut, enggan mengulas ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.
BPR buka semula fail MRR2 - Selamatkan Pak Rosli, bagaimana Roslan?
KUALA TERENGGANU - Dua ahli politik dikalangan pemimpin UMNO dilaporkan berasal dari Pantai Timur ditahan SPRM Selangor dipercayai kerana meminta wang suapan sebanyak RM3 juta.
Adalah dipercayai ia berkait rapat dengan kes yang pernah dipaparkan oleh Buletin Online, 7 Ogos tahun lalu.
Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan membuka semula siasatan berhubung rasuah dan penyelewengan dalam projek Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang dimulakan pada 2004.
BPR akan melihat semula kertas siasatan yang sudah dibuka sebelum ini dan akan mengambil tindakan susulan berhubung kejadian keretakan terbaru pada tiang jejambat MRR2.
Antara tindakan yang akan diambil BPR adalah memanggil kontraktor yang terbabit dalam pembinaan Pakej II MRR2 berharga RM238 juta itu. Jejambat enam lorong berhampiran Stesen Komuter Kepong sejauh 1.7 kilometer yang mula dibuka pada 1999.
Ahad lalu (3 Ogos) MRR2 ditutup kepada semua kenderaan apabila satu daripada tiang yang pernah dibaiki sebelum ini dikesan retak semula. Penutupan itu adalah kali ketiga dalam tempoh empat tahun, kali pertama pada Ogos 2004 dan kali kedua pada Februari 2006.
Tiang yang mengalami keretakan itu adalah termasuk dalam laluan yang dibina oleh Konsortium Bumi Hiway, SUKMIM Sdn Bhd dan Konsortium Kontraktor Melayu Sdn Bhd melalui kontrek Pakej II MRR2 berharga RM238 juta.
Berikutan keretakan kali pertama pada 2004, Unit Kejuruteraan BPR menjalankan siasatan untuk mengesan kemungkinan wujud penyelewengan dalam pembinaan projek berkenaan.
Manakala siasatan pakar perunding British, Halcrow Consultants Ltd (Halcrow), yang dilantik kerajaan bagi mengkaji punca kerosakan tiang tersebut mendapati ia berlaku akibat kecuaian pemasangan cerucuk dan tetulang besi yang tidak mengikut spesifikasi dan reka bentuk.
Sehubungan dengan itu Buletin Online telah menerima satu salinan surat seorang individu yang bernama Kamaruzzaman Ishak, bertarikh 15 Jun lalu yang ditujukan kepada Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.
Dalam surat tersebut Kamaruzzaman yang beralamat di Sura Gate, Dungun, telah membuat permohonan kepada Ahmad Said Hamdan supaya membuat pendedahan umum, status siasatan BPR terhadap tuduhan-tuduhan rasuah yang didakwa dilakukan oleh Dato’ Rosli Mat Hassan (Pak Rosli).
Pak Rosli adalah Ketua UMNO Bahagian Dungun yang juga bekas Ahli Parlimen Dungun dan kini baru dilantik oleh Pengerusi UMNO Terengganu, Dato’ Ahmad Said (Mad Said) sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu.
Surat tersebut juga menyenaraikan beberapa kes dimana Pak Rosli dikatakan telah disiasat oleh pihak BPR.
Kes-kes tersebut sebagaimana dalam surat itu adalah Projek Pembinaan Lebuhraya MRR 2 di Kuala Lumpur, Projek Pembinaan Sekolah Menengah Serating di Marang (RM 15 juta) (yang terbengkalai) dan Projek Tangki Air Simpanan (Terbengkalai) di Cherul, Kemaman (RM 10 juta).
Sebelum ini, pada 22 November 2007, Pengarah BPR negeri Terengganu, Sharuddin Sapian pernah mengesahkan bahawa seorang ahli politik terkenal Terengganu adalah antara 70 orang yang telah disiasat oleh BPR sejak awal 2007.
Namun Shaharudin enggan mengulas lanjut dan hanya mengatakan, identiti serta maklumat berhubung ahli politik itu hanya boleh didedah apabila kertas siasatan mengenainya siap.
Tidak berapa lama kemudian kedengaran khabar angin yang tersebar mengatakan Pak Rosli telah disiasat BPR berhubung dengan penyelewengan dalam projek MRR2.
Berita tersebut tidak diambil peduli dan berlalu begitu sahaja kerana tidak ada siapa yang menduga Pak Rosli terlibat dengan pembinaan MRR2.
Malah ada yang terkejut apabila ditanya berkenaan Pak Rosli disiasat BPR kerana Pak Rosli tidak dikenali sebagai seorang kontraktor.
Sekiranya dikaitkan perkara tersebut dengan Bendahari UMNO yang baru, Dato’ Roslan Awang Chik, barulah munasabah, kerana beliau ada cukup dikenali sebagai Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM).
Sebelum ini Pak Rosli hanya terkenal sebagai jaguh dangdut kerana isu berkaitan beliau suka berdangdut pernah menjadi popular suatu masa dulu.
Apabila isu MRR2 kembali ‘menggegar’ awal minggu ini, ingatan kepada dakwaan Pak Rosli disiasat BPR tersebut kembali semula.
Setelah Buletin Online mendapat salinan surat Kamaruzzaman, carian dibuat bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Sebuah keratan akhbar tahun 2000 dari rekod JKR dan Berita Harian 26 Oktober 1998 yang telah merakamkan beberapa kenyataan Pak Rosli, menjadi kunci yang mengaitkan Pak Rosli dengan siasatan BPR.
Pak Rosli ketika itu adalah Setiausaha Agung PKMM.
Jadi apa kaitannya ?
Konsortium Kontraktor Melayu Sdn Bhd dan SUKMIM adalah dua daripada tiga kontraktor yang dilantik kerajaan bagi melaksanakan Pakej II MRR2.
Konsortium Kontraktor Melayu Sdn Bhd (KKM) adalah syarikat yang ditubuhkan dibawah PKMM, manakala SUKMIM Sdn Bhd (SUKMIM) pula sebuah syarikat gabungan diantara PKMM dan Persatuan Kontraktor India Malaysia (PKIM).
Maknanya sewaktu pembinaan Pakej II MRR2 sedang dilaksanakan oleh kedua-dua KKM dan SUKMIM, Pak Rosli adalah Setiausaha Agung PKMM yang berkuasa keatas kedua-dua syarikat tersebut.
Bukan sedikit dakwaan penyelewengan yang dikatakan telah dilakukan oleh Pak Rosli, nilainya sebanyak RM 500,000.
Sebagaimana hasil siasatan unit kejuruteraan BPR pada tahun 2004 yang tidak menolak kemungkinan berlaku penyelewengan dalam pembinaan projek berkenaan, khususnya menyebabkan keretakan pada tiang MRR2.
Begitu juga hasil siasatan pakar perunding British, Halcrow Consultants Ltd (Halcrow), mendapati ia berlaku akibat kecuaian pemasangan cerucuk dan tetulang besi yang tidak mengikut spesifikasi dan reka bentuk.
Bolehkah Pak Rosli terlepas dari pendakwaan?
Bagaimana pula kedudukan Bendahari UMNO Terengganu, Dato’ Roslan Awang Chik, yang baru dilantik oleh Mad Said?
Roslan adalah Pengerusi PKMM pada waktu pembinaan Pakej II MRR2 dulu, dan masih menjadi Pengerusi PKMM sehingga hari ini !
Posted by MAMPAT at Friday, June 12, 2009 2 comments
Friday, June 5, 2009
Stadium Runtuh - Dimanakah mereka Edisi 2
Runtuhan Stadium : Siasat cara pemberian projek
Oleh Hassan Md Hussein (Sandakan)
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat apakah pemberian projek Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Kompleks Sukan Negeri Gong Badak dibuat dengan telus dan tidak berlaku sebarang penyelewengan?
Siasatan perlu dijalankan, ekoran ada kelibat tiga pegawai SPRM dilihat mengambil gambar serta mengumpul butiran kejadian itu untuk tindakan selanjutnya kerana beberapa pihak mempertikaikan mengapa begitu tinggi harga stadium ini dan apakah ia menepati prosedur kelulusan satu-satu projek kerajaan.
Jesteru, banyak pihak mengharapkan jangan ada yang menjadi ‘kambing hitam’ dalam isu ini kerana banyak lagi projek ‘kilat’ di Terengganu yang dibangunkan sepanjang 2004-2008, dikatakan atas ‘kuasa’ seorang dua orang besar di Terengganu.
Ketika ada yang mencadangkan supaya kontraktor yang terlibat disenarai hitamkan, tetapi ada juga dakwaan dibuat kononnya cara pemberian projek ini betul-betul dibuat atas dasar kroni dan harga projek sudah ‘ditokok tambah’.
Pengarah SPRM Terengganu, Ahmad Sabri Hussin turut berada di kawasan runtuhan dan kemungkinan sudah dapat menghidu sesuatu ketidak telusan telah berlaku dalam pemberian projek ini. Menteri Besar, Datuk Ahmad Said diminta memberikan kerjasama sebaik mungkin dengan mana-mana pihak yang mahu menyiasat isu ini walaupun perlantikan jururunding bebas turut dilantik untuk mengetahui nilai dan punca bumbung stadium ini boleh runtuh.
Dalam masa yang sama, beberapa blog yang banyak menyerang kepimpinan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar sebelum ini tidak mengulas langsung kejadian ini kerana masing-masing mungkin sedang sibuk menyusun alasan bagi mengalihkan perhatian rakyat kepada isu lain dan mahu mereka melupakan isu bumbung stadium runtuh.
Jesteru ada pihak mencadangkan supaya SPRM Terengganu turut menjalankan siasatan terhadap projek-projek lain walaupun tiada runtuhan berlaku kerana kebanyakkan projek pembangunan di Terengganu sering menjadi ‘pertikaian’ sejak sekian lama.
Khabarnya, tindakan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang memboikot persidangan DUN April lalu, juga ada kaitan dengan isu projek dan pembangunan Terengganu yang dikatakan tidak begitu rancak dalam era kepimpinan Datuk Ahmad jika dibandingkan dengan pembangunan dalam era kepimpinan Menteri Besar terdahulu, Datuk Seri Idris Jusoh (DSIJ).
Seorang peniaga di Marang, Azman Anuar yang ditemui berkata, adalah lebih baik projek pembangunan tidak rancak tetapi sesuatu projek itu dibangunkan dengan penuh jaminan keselamatannya daripada projek tumbuh macam cendawan selepas hujan.
Kata Azman, mereka yang menyarang Datuk Ahmad Said sepatutnya malu kerana apa yang nyata sekarang, yang lemah dan perlu dipertikaikan kepimpinannya bukan era sekarang tetapi era sebelum ini yang digembar-gemburkan sebagai kepimpinan bertaraf dunia.
Sementara itu, seorang bekas ketua Umno bahagian yang enggan namanya disebut memberitahu, kepincangan pentadbiran era terdahulu perlu disiasat tetapi siasatan mestilah dibuat secara lebih telus kerana khuatir ianya akan menyembunyikan beberapa fakta yang berkaitan.
“Saya sedang menunggu siasatan dan pendakwaan SMS bernada ugutan dahulu yang agak lama dan kini timbul pula cerita bumbung stadium runtuh. Saya bimbang, orang ramai akan melupakan cerita SMS bernada ugutan dan sibuk bercakap pasal bumbung stadium yang runtuh pula.
“Ketika isu bumbung stadium sedang hangat, jangan pula isu SMS bernada ugutan hingga 10 ADUN memboikot sidang DUN terlepas pandang pula,” ujarnya yang mengharapkan pihak yang bersalah didakwa dan jika terbukti, dihukum dengan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.
Separuh dari bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dibina dengan kos RM292 juta sebagai tempat utama temasya Sukan Malaysia (Sukma 2008) runtuh, kira-kira pukul 9.30 pagi, 2 Jun lalu, kira-kira setahun ia siap dibina dan dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Runtuhan melibatkan bumbung di bahagian timur stadium itu yang menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam serta bumbung tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan.
Setakat ini SPRM belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai runtuhan bumbung stadium ini tetapi dengan lawatan mengejut Menteri Kerja Raya, Datuk Shahziman Abu Mansor dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, beberapa pihak yakin SPRM akan turut menyiasat secara terperinci kes ini. – Dipetik dari http://lesungbatu.webs.com
Posted by MAMPAT at Friday, June 05, 2009 2 comments
Stadium Runtu - Di Manakah Mereka Edisi 1
Mana Mubin, mana Rosol dan di mana DSIJ apabila bumbung stadium runtuh?
TERTUNGGU-TUNGGU juga ramai pengikut perkembangan politik Terengganu, apa komen blogger Abdul Mubin Ismail, bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Rosol Wahid dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh (DSIJ) apabila bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri, tiba-tiba runtuh.
Walaupun tiada suara yang menjerit, tiada surat yang dihantar meminta kenyataan dari tiga individu hebat dalam krisis politik Terengganu ini, tetapi kemunculan mereka, ketika semua orang terkejut, kecuali mereka, apabila bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh, sepatutnya boleh tampil dengan ‘keberanian’.
Kenapa mereka perlu tampil dengan keberanian? Kerana selama ini, mereka dilihat cukup berani mahu ‘meruntuhkan’ sesuatu di Terengganu, tetapi apa yang terjadi, bumbung stadium yang mereka tahu, dibina ketika mereka bertiga duduk di Wisma Darul Iman, tiba-tiba runtuh tepat jam 9.30 pagi, 2 Jun 2009 yang lalu, setahun setelah ia dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, dalam satu kenyataannya berkata; “satu siasatan perlu dijalankan untuk kita menentukan apakah puncanya. Adakah ini berpunca kerja-kerja kontraktor ataupun konsultan. Mungkin juga ia berpunca oleh sebab lain.
Walaupun Muhyiddin tidak mencari di mana bekas Menteri Besar Terengganu, DSIJ berada ketika runtuhan ini berlaku, tetapi alangkah baiknya jika DSIJ yang sering terkehdapan dalam isu kemelut politik Terengganu, tampil dengan cerita bagaimana projek ini diberikan kepada kontraktor-kontraktor yang terlibat?
Menteri Kerja Raya, Datuk Shahziman Abu Mansor pula berkata; “stadium ini baru dibina setahun lalu. Kejadian ini memalukan negara. Nanti orang kata, bangunan sedang dibina pun ada benda jatuh, bangunan sudah siap pun boleh jatuh bubungnya, bangunan yang nak diruntuhkan pun runtuh juga.”
Shahziman yang juga Ahli MT Umno tidak perlu memanggil Rosol untuk memberi apa-apa penjelasan terhadap isu keruntuhan bumbung stadium ini, tetapi sebagai orang kuat di kalangan Geng 10 yang mahu melihat Menteri Besar Terengganu ditukarkan, bukankah baik jika Rosol memainkan peranan proaktif menerangkan apa yang dia tahu mengenai projek bernilai RM292 juta ini, dibina ketika dia adalah salah seorang Exco kanan dalam kerajaan pimpinan DSIJ.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said pula berkata; “saya berasa dukacita dengan kejadian ini, namun bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.”
Bukankah baik jika Abdul Mubin Ismail yang merupakan bekas PA kepada Datuk Din Adam yang merupakan Exco yang bertanggungjawab terhadap sukan negeri, tampil melalui blognya yang digunakan untuk menyerang kepimpinan Datuk Ahmad Said, menceritakan bagaimana bumbung stadium yang dibuat oleh kontraktor Korea ini boleh runtuh, padahal usianya baru setahun.
Kalaulah DSIJ, Rosol dan Abdul Mubin boleh tampil, menceritakan sejarah pemberian projek ini dan perlantikan kontraktor, selain dari cerita beberapa projek lain dan perlantikan kontraktor lain, yang pastinya mereka kenal pengarah-pengarah syarikat berkenaan, alangkah baiknya?
Ramai yang hairan, ketika Geng 10, yang mendapat sokongan dari DSIJ dan Abdul Mubin kelihatan begitu berani menyiapkan beberapa laporan bertujuan memalukan kepimpinan Datuk Ahmad Said, tiba-tiba ‘menjadi penyu bertelor’ dengan linangan air mata, kerana takut isu runtuhan ini memakan mereka pula.
Datuk Ahmad tentunya tahu serba sedikit mengenai pembangunan dan pembinaan stadium ini kerana beliau juga merupakan salah seorang Exco dalam era kepimpinan DSIJ. Tetapi tidak eloklah kalau yang bercakap mengenai isu runtuhan ini ialah beliau sendiri kerana dikhuatiri orang ramai beranggapan Datuk Ahmad cuba menyalahkan kepimpinan terdahulu.
Waran tangkapan tidak perlu dikeluarkan untuk mencari DSIJ, Rosol dan Abdul Mubin sepert mana yang berlaku ketika polis mencari Dr. Ahmad Ramzi Mohd Zubir tempohari tetapi walaupun tanpa waran tangkapan, alangkah baiknya jika ketiga-tiga individu ini (mereka bukan Tiga Abdul), tampil membantu pihak-pihak yang dilantik untuk menjalankan siasatan.
Siasat betul-betul. Jangan siasat ala kadar sahaja. Siasat dari mula. Dari perlantikan kontraktor hinggalah kepada siapakah yang mempunyai kuasa membuat keputusan memilih kontraktor yang dikatakan kurang pengalaman dan kurang kebolehan.
Ketika kontraktor menunggu masa hukuman dijatuhkan, orang yang menyebabkan kontraktor ini dilantik juga jangan sesekali dilepaskan begitu sahaja. Jika pemilihan dibuat hanya kerana kroni, nepotime atau korupsi, tidak mustahil perkara-perkara seperti akan berlaku.
Mudah-mudahan DSIJ, Rosol dan Abdul Mubin akan lebih terkenal selepas ini, untuk mendedahkan kepada umum siapa mereka ini? (Oleh WYHWN)
Posted by MAMPAT at Friday, June 05, 2009 2 comments
Adakah Kolam Renang Pula Bakal Runtuh ???

Apa nak jadi... Inilah hasilnya sekiranya sebarang pembangunan dibuat secara " Mee Segera" tanpa pemantauan yang tinggi.
Mampat melahirkan rasa dukacita yang teramat sangat bagi pihak Rakyat Terengganu di atas apa yang berlaku...
Stadium di Gong Badak baru je runtuh pada 3 Jun 2009. Stadium yang menelan belanja Lebih dari RM 270 Juta runtuh hanya selepas setahun sebulan ianya dirasmikan. Kini Kolam renang pulak.... Apakah ini pembangunan hasil daripada Duit Royalti, yang merupakan sumber negeri, dibazirkan tanpa perancangan dan penelitian.
Katalah rakyat miskin tegar di Terengganu adalah 80 000 orang. Dengan nilaian RM 270 juta, berapa Ringgit Malaysia yang boleh diperuntukkan kepada mereka yang miskin tadi...???
Rakyat bukannya menolak pembangunan...tetapi biarlah pembangunan yang terancang, mampan dan efektif....
Berapa banyak pula wang akan dikeluarkan untuk memperbaiki semula segala kerosakan yang telah berlaku ??? Duit mana tu???. Ahhirnya ... rakyat juga yang terpaksa berkorban dan yang kaya adalah kontraktor kroni jua.....
MAMPAT menuntut SPRM untuk segera siasat dan memberikan penjelasan secepat mungkin....
Posted by MAMPAT at Friday, June 05, 2009 2 comments
Thursday, June 4, 2009
PEMBETULAN MAKLUMAT MENGENAI KURSUS SMIDEC
MAMPAT memohon kemaafan diatas kesilap laporan yang dibuat mengenai Kursus yang dihadiri oleh cikgu Fauzi. Sebenarnya beliau dikenakan bayaran RM 50. Yuran tersebut dibayar terus kepada SMIDEC. Dalam laporan sebelumnya dilaporkan Cikgu Fauzi menghadiri kursus itu percuma. Kesilapan laporan itu di pohon kemaafan. Terima kasih kepada yang menelefon dan menegur..... terima kasih sekali lagi....
Posted by MAMPAT at Thursday, June 04, 2009 0 comments
Wednesday, June 3, 2009
TAYANGAN VIDEO
Posted by MAMPAT at Wednesday, June 03, 2009 0 comments
Labels: Pembinaan, Penyelewengan, Terengganu
KENYATAAN AKHBAR MENGENAI STADIUM RUNTUH

Kenyataan Media
03 Jun 2009 / Rabu
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera
Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) merasa sangat terkejut dan sedih terhadap kejadian yagn berlaku kepada Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 Jun 2009. Kejadian Stadium runtuh merupakan satu bencana diatas ketidak telusan pengurusan sehinggakan stadium yang dibina runtuh hanya selepas setahun ianya dirasmikan.
MAMPAT ingin melahirkan keraguan yang sangat tinggi, bagaimana sebuah stadium yang dibina dengan kos yang melebihi RM 250 juta dan dikatakan antara yang tercanggih, boleh runtuh hanya selepas setahun sebulan ianya dirasmikan oleh DYMM Sultan Mizan. Adalah memeranjatkan dan memalukan bagimana binaan yang menelan belanja sedemikian rupa boleh runtuh dan rosak sehingga melebihi 60% struktur banggunan.
Persoalan yang wujud terlalu banyak. Orang ramai tertanya-tanya bagaimanakah sebuah stadium yang dirasmikan oleh DYMM boleh runtuh. Apakah kualiti CF yang dikeluarkan oleh JKR ??? Adalah JKR mengeluarkan CF ’cap ayam’. Siapakah yang menandatangani pengeluaran CF ini ?.
Rakyat menjadi sesal dan kesal dengan kejadian tersebut kerana pembinaannya adalah menggunakan ”hasil Royalti” yang ”DIROMPAK” oleh Kerajaan Persekutuan daripada Rakyat Terengganu. Daripada rungutan dan aduan rakyat Terengganu kepada MAMPAT, pelbagai maklumat diberikan kepada kami. Antaranya, mereka menyatakan terdapatnya campurtangan orang-orang politik dan peranan mereka dalam menentukan kemasukan kontraktor ke 3 yang dikatakan ada masalah ’bklacklist’ dan pembekal juga dikaitkan dengan orang yang sama yang menentukan kemasukan kontraktor ke 3 tadi.
MAMPAT juga difahamkan bahawa terdapat tuntutan V.O sebanyak RM 30 juta sebelum Pilihanraya Mac 2008 yang lalu. Alasan tuntutan yang digunakan adalah untuk kerja-kerja baik pulih kerja-kerja ’ringan’. Namun MAMPAT tidak tahu kenapa dan bagaimana kelulusan ’ mee segera’ boleh dilakukan dan kemanakah duit-duit dibelanjakan kerana tak nampak apakah yang dimaksudkan dengan ’kerja-kerja’ ringan tersebut.
MAMPAT merasa sangat terkilan kerana MAMPAT difahamkan bahawa pihak JKR telah sedia maklum bahawa terdapat kerosakan pada struktur banggunan stadium terutama pada atap sebanyak 1 %. MAMPAT difahamkan ianya pernah dikeluarkan didalam blog-blog pada tahun lepas. MAMPAT juga telah mengeluarkan gambar-gambar tersebut di dalam blog kami di www.mampat.blogspot.com . Ketidakcaknaan ini telah menyebabkan berlakunya ’celaka’ ini.
MAMPAT yakin pasti terdapatnya unsur-unsur penyelewengan di dalam pembinaan Stadium ini. Oleh itu, MAMPAT menyeru kepada Pihak SPRM untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang secepatnya sepertimana tindakan pantas yang dilakukan terhadap keruntuhan pasaraya di Selangor baru-baru ini. MAMPAT tidak mahu kertas siasatan di ”senyapkan” begitu sahaja sebagaimana kertas siasatan SPRM terhadap kehilangan Royalti yang dilakukan MAMPAT sebelum ini. Begitu juga siasatan kes banner ” Kami nak Deris, Natang”, yang sehingga sekarang rakyat tertunggu-tunggu keputusannya.
MAMPAT juga mendesak agar ditubuhkan ’ satu badan bebas ’ bagi menyiasat kes ini. Ini disebabkan MAMPAT yakin dengan penglibatan orang-orang politik, kes ini akan ” disenyap dan didiamkan ” sahaja. Untuk itu, MAMPAT merafak sembah kepada DYMM Tuanku untuk melihat kes ini secara mendalam.
Ampun Tuanku,
MAMPAT merafak sembah memohon Tuanku untuk mengarahkan supaya penubuhan badan ini, demi ” Hak dan Maruah Rakyat Terengganu”.
Terengganu Kita, Hak Kita Bersama
Kembalikan Hak dan Maruah Rakyat Terengganu
wassalam
Mohamad Fauzi bin Abu Samah
Pengerusi

Posted by MAMPAT at Wednesday, June 03, 2009 0 comments
Tuesday, June 2, 2009
KALAULAH RUNTUHAN BERLAKU SEMASA SUKAN MSSM ATAU SUKAN STAFF ANTARA UNIVERSITI ???
MAMPAT dimaklumkan bahawa Sukan MSSM baru sahaja berlalu beberapa hari lepas. Tak dapat kami bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya runtuhan tersebut berlaku semasa pelajar-pelajar masih berada di dalam stadium....
Tolonglah.... kepada mereka yang "RAKUS", fikirkan juga nasih anak-anak kita dan orang ramai... Jangan kerana "ketamakan" anda.... ramai ibu bapa menangisi kematian anak mereka.... Insaflah....
Posted by MAMPAT at Tuesday, June 02, 2009 6 comments
MASJID KRISTAL BOCOR TERUK, BETUL KE???
MAMPAT mendapat laporan menyatakan bahawa Masjid Kristal didapati bocor teruk. Kejadian ini berlaku semasa musim hujan lebat baru-baru ini. Batul atau tidak, MAMPAT memerlukan maklumat daripada semua yang mengetahuinya untuk memberikan MAMPAT maklumat yang tepat bersama bukti-buktinya.
MAMPAT berharap, segala kerosakan tersebut hendaklah dibaiki dengan segera. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, seperti mana yang berlaku hari ini. Harapan MAMPAT Datuk Mat Said akan segera bertindak untuk memperbaiki keadaan... Jangan kerana pulut... santan binasa....
Segala maklumat bolehlah diemailkan kepada mampat di alamat mamp4t@gmail.com
Posted by MAMPAT at Tuesday, June 02, 2009 3 comments
STADIUM RUNTUH - SIAPA BERTANGGUNGJAWAB ???
Cuba perhatikan bulatan merah yang dibuat....tanda kelemahan struktur yang bengkok dan tidak lurus...


Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) merasa teramat terkejut dengan kejadian yang berlaku iaitu Tragedi Stadium Runtuh. Stadium yang telah menelan belanja kira-kira RM 450 juta hanya mampu digunakan tidak sampai dua tahu selepas ianya dirasmikan pada 10 Mei 2008.
Adakah ini nilai dan kualiti Stadium yang menelan kos hampir Setengah Billion Ringgit ? MAMPAT pada tahun 2008 telah membuat sedikit laporan mengenai keadaan stadium yang tidak stabil dari segi strukturnya. MAMPAT juga difahamkan bahawa pihak JKR sendiri telah mengenalpasti kelemahan struktur tersebut tetapi sehingga ianya runtuh TIADA tindakan di ambil oleh JKR.
MAMPAT difahamkan kontraktor pembinaan Stadium telah didatangkan khas dari Korea semasa zaman Idris Jusoh lagi. Mungkin tiada kontraktor tempatan yang layak dan berkemampuan untuk membinanya...
Persoalan yang timbul di sini adalah apakah KUALITI JKR kerana telah meluluskan penggunaan stadium bahkan telah dirasmikan oleh Sultan Mizan. Apakah CF Stadium tersebut telah ada dan dikeluarkan ??? Apabila ini berlaku, siapakah yang bertanggungjawab...
MAMPAT sangat berharap SPRM akan segera melakukan siasatan, dimanakah lompang yang wujud ? Adakah terdapat unsur-unsur RASUAH di dalam pembinaannya.
Perkara yang sama, MAMPAT difahamkan pernah dikeluarkan melalui blog buletin online satu ketika dulu.Namun tiada tindakan diambil. MAMPAT juga difahamkan bahawa semasa maklumat mengenai ketidakstabilan dilaporkan, Stadium masih di dalam tempoh "guarentee" tetapi kenapa Kerajaan Negeri tidak mengarahkan ianya diperbaiki tanpa bayaran. Kenapa ianya berlaku ???? Adakah unsur-unsur Rasuah wujud di sini ???? Kenapa tiada tindakan segera dilakukan, bahkan stadium terus digunakan .... ??? Terlalu banyak persoalan yang wujud di sini ????
Betul ke MAMPAT dengar, pihak JKR telah menyatakan bahawa struktur yang ada sangat kukuh dan yakin tidak ada apa-apa yang akan berlaku kepadanya??? Tapi sekarang terbukti ianya salah.... Siapa Ir tu ??? Adakah beliau akan bertanggungjawab.. Difahamkan orang yang sama juga yang bertanggungjawab semasa Banggunan di TER ??? Betul ke ???
Bersama ini MAMPAT sertakan gambar yang pernah di ambil sebelum kejadian dan dilaporkan tetapi tiada tindakan diambil.....
Bersama ini MAMPAT sertakan gambar-gambar yang dimaksudkan untuk makluman semua.
Posted by MAMPAT at Tuesday, June 02, 2009 6 comments
STADIUM TERBUKA GONG BADAK RUNTUH






Berita terkini yang diperolehi menyatakan Stadium Terbuka di Gong Badak telah runtuh dan menyebabkan sebuah kereta kancil dan 4 buah motorsikal rosak dan tertimbus. Kerosakan yang dikatakan berpunca daripada strukturnya yang tidak stabil telah runtuh walaupun baru sahaja dirasmikan oleh Sultan Mizan.
Mampat difahamkan kerosakan tersebut telah pun dikenalpasti tetapi telah didiamkan oleh JKR. MAMPAT juga difahamkan bahawa semua bayaran telah dibuat walaupun ianya tidak sepatutnya berlaku.
Maklumat menyatakan pihak JKR yang telah mengenalpasti masalah telah bertindak "seolah-olah" ingin menutup kelemahan yang berlaku.......
Runtuhan dikatakan berlaku pada bahagian stadium yang mengadap dengan Pusat Sekolah Memandu (PSM) .
Maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa....
Posted by MAMPAT at Tuesday, June 02, 2009 21 comments
Tuesday, May 26, 2009
BELUM APA-APA CEO TIA DAH MULA LEBONG....
MUBADALA DENIES REPORT ABOUT INVESTMENTS IN MALAYSIA
By Abdulla Rasheed, Abu Dhabi Editor
Published: May 23, 2009, 23:49
Abu Dhabi: Mubadala Development Co, the investment arm of the Abu Dhabi government denied media reports about its plan to invest $1.8 billion (Dh6.6 billion) in property projects in Malaysia.
"Beyond the Medini Project in the Iskandar Development Region, we currently have no other real estate projects in Malaysia," the company said in a statement to Gulf News.
Mubadala however, clarified that they are not closing their doors to "partnerships and real estate opportunities globally that generate sustainable returns which may include future projects in Malaysia".
"Any commitment will be subject to our normal rigorous due diligence and approvals processes and the necessary disclosures being made," the statement said.
Mubadala said they are planning to expand their hospitality flagship, Viceroy, by exploring opportunities in key gateway cities such as New York, London and Paris as well as other "strategically important markets including Malaysia".
According to a report published in a Malaysian newspaper and quoted by a wire service agency, Mubadala planned to get involved in the construction of hotels and villas on a 1,200-hectare site in Terengganu state on the east coast of Malaysia.
The report cited Shahrol Azral Ebrahim Halmi, CEO of the Terengganu Investment Authority (TIA) as the source of the story.
TIA has been set up and labelled as Malaysia's first sovereign wealth fund.
The fund is modelled on similar concepts in the Gulf with the aim of investing oil revenues in long term projects
The Malaysian fund this week said it plans to sell five billion ringgit (Dh5.2 billion) worth of bonds guaranteed by the federal government.
Halmi said the fund aims to raise another six billion ringgit (Dh6.3 billion) later this year by forward selling the oil royalty to be received by the oil-producing state over the next few years.
Posted by MAMPAT at Tuesday, May 26, 2009 0 comments
Sunday, May 24, 2009
MARUAH DAN HAK RAKYAT TERENGGANU KEMBALI DIMUSNAHKAN....
MAMPAT melahirkan perassan dukacita apabila Hak dan Maruah Rakyat Terengganu sekali lagi telah di calar dan di 'LACURKAN' oleh UMNO Terengganu dengan memberikan hasil Royalti dan memajakkannya dalam bentuk 'Bon'. Walaupun minyak belum digali.... ianya telah diserahkan kepada orang lain dalam bentuk cagaran.
Sejarah GLC Kerajaan Terengganu yang dikendalikan oleh UMNO Terengganu, tidak ada yang menunjukkan kejayaan mutlak...bahkan kebanyakannya GAGAL dengan Cemerlang.... Maknanya segala khazanah simpanan bumi Negeri Terengganu yang kaya...kini telah Kembali diLacurkan oleh UMNO Terengganu......
MAMPAT menyeru seluruh Rakyat Terengganu, bangun untuk MENENTANG PELACURAN UMNO Terengganu terhadap Hasil mahsul bumi Terengganu....
Posted by MAMPAT at Sunday, May 24, 2009 2 comments
TIA diluluskan di Kuala Lumpur dan Bukan di Dalam DUN Terengganu - HALAHKAH @ SAH kah penubuhannya
UMNO/BN Terengganu Menyerahkan Pelaburan Hasil Royalti Kepada Kerajaan Persekutuan. PDF Print E-mail
Written by Wartawan Buletin
Saturday, 23 May 2009 03:18
KEMAMAN – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu sekali lagi telah menggadai maruah rakyat Terengganu dengan memberikan hak kepada kerajaan Persekutuan menguruskan pelaburan hasil royalti minyak.
Ketua Lujnah Perpaduan Nasional PAS Terengganu, Hj Hanafiah Mat berkata penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA) sepatutnya dibincangkan dan diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
“TIA adalah pemegang amanah rakyat Terengganu, yang menggunakan sumber dari royalti minyak, ia sepatutnya di tubuhkan di bawah kerajaan Terengganu, bukan kerajaan Persekutuan,”(Gambar Hiasan - Ahmad Said dan najib telah berpakat dalam menubuhkan TIA )
“Dana dari jualan Bon sebanyak RM5 bilion yang diumumkan baru-baru ini adalah menggadai rakyat Terengganu, dengan menyandarkan hasil minyak pada masa depan, yang belum diperolehi lagi,”katanya ketika ditemui selepas ceramah penerangan yang diadakan disini semalam.
Sebelum itu, dalam ceramahnya beliau berkata, sepatutnya kerajaan UMNO/BN Terengganu menggunakan salah satu anak syarikat negeri dibawah Terengganu Incorporated (TI)
Katanya penstrukturan anak-anak syarikat yang dibuat di zaman bekas Menteri Besar, telah memakan belanja yang besar.
Namun setelah penyusunan semula siap, katanya, sebuah syarikat lain pula ditubuhkan bagi menjadi syarikat pelaburan kepada negeri Terengganu.
Beliau mendakwa, kerajaan Persekutuan sengaja menyembunyikan penubuhan syarikat TIA daripada pengetahuan rakyat Terengganu kerana ada tujuan tertentu.
“(Asalnya) cadangan TIA adalah dari Tuanku Sultan, tetapi Najib telah dengan cepat memintas (memotong trip) lalu diputuskan dibawah kabinet,”
“selepas Najib mengumumkan sebelum pilihanraya kecil Kuala Terengganu (14 Disember) lalu, secara senyap-senyap dan tidak ada berita,
“tiba-tiba pada 18 Mei baru-baru ini, CEO (ketua Pegawai Eksekutif) TIA telah mengumumkan penjualan Bon sebanyak RM5 bilion,”ujar beliau.
Menurutnya, Menteri Besar Ahmad Said dan para Exconya telah menyerahkan hak menguruskan hasil royalti itu tanpa pengetahuan rakyat.
Kemudian katanya, pada 27 Februari 2009 Terengganu Investment Authority (TIA) telah ditubuhkan secara rasmi.
“Rupa-rupanya Dato’ Ahmad Said, Menteri Besar negeri Terengganu dan puak-puak Exconya telah secara senyap bermesyuarat di Kuala Lumpur,
“mereka menyerahkan royalti minyak ini, kepada kerajaan Pusat, pada 27 Februari (dengan rasminya) TIA ditadbir oleh (kerajaan) Pusat,”katanya.
Menurutnya, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir telah merampas royalti daripada kerajaan PAS dahulu, kini anak didiknya, Najib mengikut jejak langkah Mahathir dengan kembali menguruskan hasil minyak Terengganu.
Posted by MAMPAT at Sunday, May 24, 2009 0 comments
Wednesday, May 20, 2009
MAMPAT MENCARI IBU TUNGGAL...
MAMPAT sedang mencari 10 orang ibu tunggal(IT) yang ingin berniaga atau memperkembangkan perniagaan yang sedia ada. Konsepnya mestilah home base. Kepada mana-mana IT yang berminat sila hubungi Cikgu Fauzi untuk tujuan pendaftaran.....
Bantuan perniagaan yang diberi adalah dalam bentuk Geran (subsidi) dan tak perlu bayar balik.... Ingat ....Hanya IT sahaja..... dan jangan salah anggap...... hehehhe...
Boleh gak daftar dan tanya ikut shout box, atau hubungi terus Cikgu Fauzi di talian 013-9238685
Wassalam...
Posted by MAMPAT at Wednesday, May 20, 2009 0 comments
Tuesday, May 19, 2009
BANYAKNYA GERAN UNTUK BERNIAGA ...PERCUMA...

Alhamdulillah, hari ini 19 Mei 2009, Cikgu menghadiri satu Penerangan Program dan Insentif anjuran SMIDEC. Apa itu SMIDEC...??? Small and Medium Industries Developement Corporation. Program telah diadakan dengan bayaran RM 50 di Bilik Seminar Koperasi Guru, Pulau Kambing Kuala Terengganu dan dihadiri oleh kira-kira 28 orang Usahawan Muda.
Menghadirinya, barulah CIkgu tahu bahawa, terlalu banyak GERAN (subsidi) yang boleh diperolehi oleh Usahawan melalui skim galakan SMIDEC. Antara Geran yang dikeluarkan oleh SMIDEC adalah ;
1. RM 100 K --> Modal memulakan Perniagaan ( MAMPAT akan anjurkan kemudian)
2. RM 150 K --> Untuk Sijil Halal ( 8/7/09 )
3. RM 50 K --> Promosi
4. RM 500 K --> Peningkatan Produk & Proses
Banyak lagi.... Banyak lagi yang kita tak tahu....
MAMPAT akan menganjurkan satu Taklimat mengenainya dengan Kerjasama SMIDEC dan dikendalikan oleh Pegawai SMIDEC sendiri.
Berikut adalah maklumat mengenainya:
Tarikh : 8/7/09
Hari : Rabu
Masa : 9.30 am - 5 pm
Target : Bagaimana mendapat Geran Sijil Halal ( Restoren & Keropok ) - RM 150 K
Yuran : Ditetapkan oleh SMIDEC
Bilangan Peserta : 30 orang sahaja ( Pendaftaran awal diutamakan )
Tarikh Tutup : Sehingga penuh, siapa cepat....
Hubungi Cikgu Fauzi ditalian 013-9238685
Emailkan kepada mamp4t@gmail.com
mfauzi_72@yahoo.com
Posted by MAMPAT at Tuesday, May 19, 2009 1 comments
Salam Takziah Kepada AJK MAMPAT di Atas Pemergian Ayahanda Tercinta
Salam Takziah di atas pemergian AYahanda tercinta AJK MAMPAT, En Che Salmi. Pemergian ayahanda En Ibrahim pada dinihari Sabtu (16 Mei 2009- pada hari Guru)sungguh dirasai. 
Apa-apa pun tahniah kepada Che Salmi di atas pengorbanan beliau menjaga ayahanda semasa sakit. Bertuahlah En Ibrahim kerana mempunyai anak semulia En Salmi.... Semoga roda pusingan akan menjadi milik anda di kemudian hari....
Kepada Che Salmi...teruskan perjuangan menjadi Mujahid Islam...... setelah kembalinya ayahanda...anda kini menjadi hak masyarakat..... teruskan perjuangan "dari rakyat kepada rakyat"...... "Murah Sokmo "
Posted by MAMPAT at Tuesday, May 19, 2009 0 comments
Saturday, May 16, 2009
KEDAI BUKU DI KUALA TERENGGANU DI DAPATI MURTADKAN ORANG ISLAM... MAMPAT MENCARI BUKTI
MAMPAT sedang mencari bukti-bukti kukuh di atas maklumat yang menyatakan terdapatnya usaha untuk memurtadkan gadis-gadis Melayu yang berkerja di Kedai buklu berkenaan. Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat, pengalaman dan apa sahaja.... MAMPAT menyeru agar anda semua menghubungi Pengerusi MAMPAT iaitu Cikgu Fauzi di talian 013-9238685. Segala MAKLUMAT adalah RAHSIA....
Tanpa bukti yang kukuh, MAMPAT tidak akan mampu untuk memperpanjangkannya ke hadapan... Oleh itu bantuah anda semua adalah sangat penting bagi emastikan AGAMA ISLAM terpelihara... Bersama ini MAMPAT sertakan blog yang mencetuskan maklumat awal untuk kita orang Islam sama-sama memulakan Gerakan Anti-Murtad ini......
http://membelaislam.wordpress.com/2009/04/17/awas-kedai-buku-di-kuala-terengganu/
Sekiranya maklumat tersebut benar dan tepat, MAMPAT akan memperpanjangkannya hingga ke peringkat yang lebih tinggi.... Insyallah Tuanku sangat MURKA sekiranya didapati perkara ini adalah benar......
Posted by MAMPAT at Saturday, May 16, 2009 0 comments
Wednesday, May 13, 2009
Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Guru
Assalamualaikum....
Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu ingin merakamkan selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar Ibu. Segala pengorbanan kalian menjadi seorang ibu, mak, umi atau apa saja panggilan yang sesuai sangatlah dihargai. Tiada manusia yang mampu melahirkan Generasi soleh dan solehah melainkan seorang Ibu yang solehah. Oleh Itu... Selamat Hari Ibu.... Jalankanlah tanggungjawab anda sebagai Ibu mithali.....
Seorang Guru juga adalah seorang pendidik sepertimana seorang ibu. Tanpa kehadiran seorang Guru di dalam dunia pendidikan, maka pincanglah kehidupan. Guru adalah umpama lilin yang menerangi malam, sedangkan mereka tidak mendapat apa-apa melainkan kepuasan. Selamat Hari Guru...
Posted by MAMPAT at Wednesday, May 13, 2009 0 comments
Orang Yang Disyaki Dalang Kepada SMS Fitnah Di tangkap ???

Ramzi Tidak Menyerah Tetapi DiTangkap, Polis Ada Bukti. PDF Print E-mail
Written by Editor
Wednesday, 13 May 2009 00:46
KUALA TERENGGANU – Rakyat Malaysia amnya dan penduduk negeri Terengganu khususnya menjadi keliru dengan berita yang disiarkan media elektronik (televisyen) pro kerajaan.
Edisi tengahari berita televisyen menyiarkan berita Pegawai Khas Kepada Pengerusi Mara, Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ‘tampil dengan beberapa orang rakannya’ di balai polis Kuala Terengganu untuk memberi keterangan.
Hakikatnya, polis Terengganu hari ini mengesahkan Bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Idris Jusoh itu, ditangkap di di sebuah hotel di sini pada kira-kira pukul 8.30 pagi.(Gambar kiri)
Ramzi tiba dari Kuala Lumpur jam 5 pagi dan menginap di hotel itu ditahan bagi membantu siasatan kes ‘SMS Ugut Bunuh’ terhadap tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu, bulan lepas.
Sebelum ini, Ramzi telah diberi tempoh tiga hari untuk tampil memberi keterangan kepada pihak polis.
Namun, apabila Ramzi tidak muncul sehingga tempoh itu berakhir semalam, polis bertindak mendapatkan waran tangkap terhadap beliau.
Lebih mengejutkan apabila Timbalan Ketua Polis Terengganu SAC II Hamzah Mohd Jamil berkata pihaknya mempunyai bukti untuk mempercayai Ramzi terlibat dengan penghantaran SMS itu.
Beliau berkata polis turut merampas dua unit komputer riba dan sebuah modem di rumah Ahmad Ramzi di Kampung Kubang Parit di sini, pada kira-kira pukul 3 petang semalam.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Telekomunikasi dan Multimedia 1998,
"sebaik siasatan lengkap, polis akan merujuk kertas siasatan kes ini ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan lanjut," katanya pada sidang media tengah hari tadi.
Jika sabit kesalahan Ramzi boleh didenda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya dan boleh juga didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu.
Hamzah turut berkata dengan penahanan Ramzi yang merupakan calon BN bagi Parlimen Marang pada pilihan raya umum lepas, polis yakin siasatan terhadap kes itu sudah 95 peratus selesai.
Beliau berkata ahli politik UMNO itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu untuk siasatan lanjut dan akan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah jika siasatan tidak dapat dilengkapkan dalam tempoh 24 jam
Pada 13 April lepas, tiga ADUN BN iaitu Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima ‘SMS Ugut Bunuh’.
Keadaan itu menjadi sebab kepada 10 ADUN UMNO/BN, termasuk yang tidak menerima ‘SMS Ugut Bunuh’ memulaukan sidang DUN Terengganu pada keesokan harinya (14 April), dengan alasan keselamatan nyawa mereka terancam.
Tindakan tidak menghadirkan diri ke sidang DUN itu kemudiannya bertukar menjadi satu agenda politik kumpulan yang pro-Idris bertujuan ‘menekan dan mengugut’ Menteri Besar Terengganu.
Dalam sidang media yang diadakan pada hari yang sama, Rosol telah menggesa Dato’ Ahmad Said meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu.
Posted by MAMPAT at Wednesday, May 13, 2009 2 comments
Monday, May 11, 2009
BERJAYAKAH POLIS MENANGKAP ORANG YANG BERSEMBUNYI ???
Kes SMS ugut, waran tangkap Ahmad Ramzi
May 11, 09 3:57pm
Waran tangkap dikeluarkan terhadap Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubi - bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh - kerana gagal tampil membantu siasatan berhubung SMS ugutan kepada tiga ADUN Umno bulan lepas.
Sebelum ini, polis telah cuba mengesan bekas calon BN Marang itu di kediaman beliau di Terengganu dan Kuala Lumpur tetapi gagal.
Ahmad Ramzi diminta menemui atau menghubungi pegawai penyiasat kanan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Terengganu, ASP Mohd Hadzwan Zulkefle di talian 09-62 46 222.
Ahmad Ramzi kini bertugas sebagai pegawai khas Idris, sekarang pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Pada 13 April lepas, beberapa ADUN Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima SMS , antaranya berbunyi "YB tak sayang nyawa?".
Mesej ringkas itu kemudian dijadikan alasan mereka bertiga dan tujuh lagi ADUN Umno enggan hadir pada hari kedua persidangan DUN Terengganu keesokannya.
Dalam siasatannya, polis telah menahan seorang kerani syarikat swasta berusia 31 tahun dari Seri Kembangan, Selangor, di Bandar Baru Bangi pada 20 April lepas, kerana disyaki menghantar SMS itu.
Lelaki itu dibebaskan setelah ditahan reman selama tujuh hari.
Sebelum ini dilaporkan polis telah mengambil keterangan daripada beberapa saksi berhubung kes itu dan hanya menunggu Ahmad Ramzi untuk tampil memberi keterangan.
Posted by MAMPAT at Monday, May 11, 2009 2 comments
Saturday, May 9, 2009
Terengganu akan dapat MB baru - Betul ke ??? 12 MEI dalam Debaran....
ersebar luas berita kononnya Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said akan ditukar pada 12 Mei ini (enam hari dari hari ini).
Berita ini disebarkan di Kuala Lumpur. Orang di Terengganu mungkin tidak ramai yang mengetahuinya.
Punca berita dikatakan terpancut keluar daripada mulut Ketua Perhubungan UMNO Terengganu yang dilantik oleh Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Hishamuddin Hussein bahawa Menteri Besar Terengganu akan diganti.
Kalau bohong saya, bohonglah beberapa orang penting akhbar arus perdana.
Hishamuddin dalam pertemuan dengan sekumpulan kecil wartawan memberi hint berkenaan dan orang penting surat khabar bercakap mengenai perkara ini di mana-mana.
Punca sebenar Ahmad Said mahu digantikan dikatakan dikaitkan dengan beberapa siri desakan 10 ADUN yang tidak berpuashati dengan Menteri Besar itu.
Sesiapa pun akan percaya dengan ‘hebahan awal itu’ kerana Hishamuddin, selain kini Ketua Perhubungan UMNO Terengganu, juga Naib Presiden UMNO.
Lebih penting, ia rapat dengan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak. Sepupunya pun!
Hishamuddin juga dikatakan rapat dengan beberapa pemimpin Pemuda UMNO Terengganu yang dilihat rapat dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.
Menurut orang penting surat khabar, Hishamuddin membuat hebahan itu selepas bertemu dengan orang penting istana Terengganu beberapa hari lalu.
Malah, dikatakan pertemuan di puncak bukit itu turut disertai beberapa ‘orang istana’ dan juga pegawai tinggi Kerajaan Terengganu.
Pegawai tinggi ini dikatakan ‘kurang senang’ dengan Ahmad Said malah beberapa kali bertukar pesanan ringkas (sms) dengan rakan-rakannya – malah dari Rome – bertanyakan ‘bila Ahmad Said akan diganti’.
Untuk rekod saya tidak diberitahu dengan jelas siapa orang istana dimaksudkan kerana aneh juga jika pertemuan diadakan di puncak bukit, apa gerangan ‘orang istana’ mahu menghadirkan diri.
Yang menariknya dikatakan juga, Ahmad Said turut dipanggil ke istana (istana mana saya tidak tahu) pada Isnin lalu. Apa hasil pertemuan itu tiada siapa yang tahu kerana dikatakan pertemuan ‘empat mata’.
Sejauh ini difahamkan, pertemuan antara Pengerusi dan Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Terengganu (Ahmad Said) belum berlaku.
Sejak pulang dari mesyuarat UNESCO, Hishamuddin dikatakan sibuk. Bagaimanapun, dilaporkan pertemuan tidak rasmi antaranya dengan beberapa kumpulan UMNO tertentu sudah berlaku.’
Ini tidak hairan kerana Hishamuddin kerap juga ke Kuala Terengganu kerana ada misi tersendiri yang beliau dan rakan-rakan Pemuda UMNO sahaja yang tahu.
Sehingga ini belum jelas apa janji ‘orang istana’ dengan Hishamuddin dan apa pula janji yang diberikan oleh istana kepada Ahmad Said.
Bagi Ahmad Said, mandat dan amanah oleh istana terhadapnya bukan untuk dibanggakan tetapi adalah harapan dan tanggungjawab membangunkann rakyat dan negeri Terengganu.
Ahmad Said mengulangi hasratnya membangunkan Terengganu dalam ucapan sempena perayaan Hari Pekerja pertingkat negeri Terengganu, Isnin lalu.
Yang penting, kita tunggu 12 Mei ini dan kita tunggu juga pertemuan antara Hishamuddin dan Ahmad Said.
Mereka dijangka akan bertemu minggu depan.
Yang pasti, di kalangan Ketua-Ketua Bahagian, hanya dua sahaja yang kurang mesra dengan Ahmad Said tetapi lima lagi ‘OK’.
Dalam konteks UMNO, Ahmad Said boleh dikatakan besar pengaruhnya berbanding ‘cengkamannya terhadap ADUN’.
Ini kerana ADUN dipilih oleh Idris dan mereka menang pilihan raya ke 12 lalu dan Ahmad Said terpaksa menerima ‘pemain-pemain’ berkenaan dan sebagai jurulatih sebenarnya Ahmad Said tiada kuasa memilih pemain yang digemarinya.
Kerana itu mudah berlaku ‘penentangan’ terhadapnya, lagipun ramai di kalangan mereka yang marah dengan Ahmad Said adalah pendokong “Kami Nak Idris, Natang”. - Hambali Abd Latiff
Posted by MAMPAT at Saturday, May 09, 2009 1 comments
SIAPA SPEAKER PERAK YANG SAH....
Sivakumar masih Speaker
Debra Chong
Sat | May 09, 09 | 5:00:15 am MYT
SEMAKIN banyak pihak menimbangkan kesahihan perlucutan V Sivakumar daripada jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan pengundian pengganti beliau, R Ganesan, bekas Adun Sungkai, dan juga dua lagi usul.
Peguam dan juga Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Malik Imtaz Sarwar tidak bersetuju dengan pandangan Dato' Hafarizam Harun dan Dato' Muhammad Shafee Abdullah, yang dilaporkan berkata bahawa usul yang diluluskan 7 Mei adalah sah.
"Saya tidak bersetuju dengan pandangan Hafarizam dan Shafee. Saya tak nampai bagaimana it boleh menjadi sah," jelas Malik Imtaz kepada Malaysian Insider.
Prosidur diragui
Dia mendapati terlalu banyak persoalan berhubung prosidur di dalam ruang dewan, mengakibatkan kesahihannya diragui.
"Pertama, bagaimanakah persidangan itu boleh sampai ke peringkat di mana Hee mengambil alih persidangan?" beliau mempersoalkan, merujuk kepada Hee Yit Foong, Adun Jelapang merangkap Timbalan Speaker.
"Sekiranya Sivakumar berada di situ secara sah, bagaimana dia (Hee) boleh mengambil alih (tugas Speaker)?" tambah beliau, merujuk kepada penjelasan Hafarizam yang membuat rujukan kepada Perkara 36A(1)(b) Peraturan Persidangan yang membenarkan Timbalan Speaker mengambil tempat menggantikan Speaker.
Versi bercanggah
Kata Imtaz, dia mendengar versi yang bercanggah-canggah mengenai peristiwa 7 Mei, termasuk dakwaan kononnya pada satu ketika Sivakumar tidak berada di dalam kamar dewan sewaktu persidangan berlangsung.
Beliau juga mempersoalkan kehadiran pegawai polis berpakaian biasa di dalam kamar dewan.
"Polis tidak sama sekali mempunyai kuasa dalam kamar dewan," kata Imtaz, dan merujuk kepada kenyataan terdahulu oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Negara pada Mac lalu selepas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Karpal Singh dikasari di Parlimen.
Syed Hamid dan Musa Hassan menegaskan bahawa pihak polis tidak boleh campur tangan dalam kamar dewan walaupun sekiranya terdapat pergaduhan dan hanya petugas dewan (sergeant-at-arms) mempunyai kuasa menangkap.
Polis bukan agen parti politik
"Polis telah bertindak tanpa kuasa. Mereka sebenarnya menjadikan diri mereka sebagai agen kepada sebuah parti politik dan bukan sebagai pelaksana bebas undang-undang," kata Imtaz, sambil menekankan bahawa Sivakumar adalah masih Speaker yang sah ketika itu.
Sementara menekankan pandangannya bahawa tidak bermakna Adun Pakatan Rakyat bebas daripada apa-apa perlakuan salah, Imtaz menolak penjelasan Dr Zambry Abdul Kadir yang mengatakan BN tidak mempunyai pilihan kecuali memanggil polis apabila keadaan menjadi semakin tegang.
"Mereka mengatakan mereka tidak ada pilihan tapi itu tidak benar. Mereka boleh sahaja memfail untuk mendapatkan perintah mahkamah dan menyebut Sivakumar sebagai menghina mahkamah. Mereka tidak melakukan demikian tetapi memilih untuk membantu diri-sendiri tetapi membantu diri-sendiri tidak dibenarkan di bawah sistem perundangan kita," jelas Imtaz lagi dengan nada marah.
"Bahkan, cara paksaan terpaksa digunakan - dengan menggunakan polis untuk memaksa Sivakumar keluar dari kamar dewan tanpa sebarang alasan - ini adalah merupakan penunjuk yang mencukupi bahawa BN tidak mempunyai penyelesaian politik mahupun perundangan terhadap kesulitan yang mereka sendiri mulakan."
Beliau juga mempersoalkan: "Pada saat manakan persidangan sebenarnya bermula?"
Bila sidang bermula?
"Sekiranya perasmian persidangan bermula selepas titah Raja Nazrin, bagaimanapula mereka menjalankan sebarang urusan sebelum itu?" tanya Imtaz.
Beliau menekankan, Raja Muda Perak yang sepatutnya membuka persidangan, memasuki kamar dewan hanya pada kira-kira jam 3.00 petang, setelah berlaku perebutan kerusi Speaker dan setelah tiga lagi usul - pemilihan Ganesan sebagai Speaker, anggota baru untuk jawatankuasa sampingan dan kelulusan pengisytiharan pembatalan sidang Pakatan Rakyat terdahulu yang diadakan di bawah sebatang pohon.
Imtaz juga menegaskan persidangan tersebut juga melanggar beberapa lagi konvensyen, termasuk tidak mengadakan upacara mengangkat sumpah untuk Ganesan selaku Speaker. Ini, tegasnya, biasanya diadakan dalam satu upacara di masa lain di hadapan raja.
Terus buntu
"Inilah antara perkara yang menyebabkan saya merasa ragu tentang kesahan usul yang diluluskan," kata peguam yang baru-baru ini menjadi penerima anugerah hak asasi manusia antarabangsa.
"Akhirnya, terdapat kebuntuan di sini," katanya, dan menambah sekiranya Perdana Menteri Najib Razak "ikhlas tentang Satu Malaysia, dia tidak boleh membenarkan BN melakukan tindakan tersebut."
Bagi pensyarah undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Abdul Aziz Bari, "semuanya begitu jelas dan terpampang."
Katanya, dia bersetuju dengan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa persidangan 7 Mei adalah "haram dan tidak berperlembagaan".
Cara salah pilih Speaker
"Bagi saya, cara mereka memilih Speaker adalah salah. Speaker masih Sivakumar," jelas ahli akademik itu.
Beliau memerhatikan bahawa urutan peristiwa dari 5 Februari sehingga semalam - dari perbuatan melompat parti yang dilakukan wakil rakyat yang dipilih sehinggalah kepada keputusan mahkamah membatalkan keputusan Sivakumar untuk menggantung kehadiran Adun BN - membuatkan kesahihan usul cukup meragukan menurut pandangannya.
Seperti juga Malik Imtiaz, Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan bersetuju situasi di Perak sudah tiba pada titik di mana tidak ada jalan lain kecuali Sultan Perakmembubarkan dewan undangan dan membuka jalan untuk pilihan raya umum baru bagi membersihkan kemelut yang berlaku.
Undang-undang tak boleh selesai masalah
"Bagi kita, cara perundangan tidak akan dapat menyelesaikannya kerana setiap peguam mempunyai pendapat berbeza," katanya.
"Secara peribadi, saya rasa terdapat hujah yang memihak kepada kedua-dua pihak. Satu daripadanya bilakah persidangan itu sebenarnya bermula? Satu lagi apakah Speaker mempunyai kuasa untuk menolak usul yang hendak dibentangkan?"
"Tapi kini Pakatan Rakyat adalah pihak minoriti dan BN mempunyai majoriti stabil dengan 28 campur tiga bebas," jelasnya.
Ragunath menekankan cara terbaik untuk keluar dari permasalahan tersebut ialah membenarkan pengundi membuat keputusan.
"Saya tak fakir dalam demokrasi, untuk kembali semula kepada rakyat setelah baru sahaja mengadakan pilihan raya umum merupakan satu masalah," katanya.
Posted by MAMPAT at Saturday, May 09, 2009 0 comments
Boleh Ke Polis Masuk Dewan

Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) merasa sangat terkejut apabila mendapat makluman bahawa Polis melebihi 20 orang telah "diarahkan" masuk ke dalam Dewan Undangan Perak untuk " Mengangkut" Speaker keluar daripada dewan. Setakat yang MAMPAT tahu, Dewan Undangan adalah sebuah Institusi yang bebas dan "independent" daripada Polis. Tapi bagamianakah Polis boleh masuk.... Apakah Konspirasi yang membenarkan ianya berlaku ???? Apakah Teori yang mengizinkan ianya berlaku ???? Apakah ini Penerusan " PENCABULAN DAN PEMERKOSAAN " undang-undang dan Perlembagaan Perak dan Malaysia.....
RAMAINYA POLIS - Sidang Dun YB-Yb atau Polis-Polis
MAMPAT tak boleh bayangkan apa akan terjadi kepada 'Bentara' Dewan yang mengingkari arahan Speaker apabila Pakatan Rakyat menang dan kembali mentabdir Perak ????
MAMPAT juga tak boleh bayangkan sekiranya senario ini diteruskan di Parlimen.... Bagaimana Datuk Pandika Amin Mulia diangkat Polis keluar daripada Parlimen bersama dengan Kerusi Speaker?????
Ooooooohhhhh Malaysia Ku yang tercinta.....
Cuba anda bayangkan Betapa Gawatnya sekiranya keadaan ini berlaku di seluruh Dewan Undangan Negeri ????? APa penyelesaiannya ????? Ampun Tuanku..... Izinkan MAMPAT Menyembah Derhaka : Lihatlah apa yang berlaku dengan Mata Hati Seorang Sultan ... Ampun Tuanku.....
Posted by MAMPAT at Saturday, May 09, 2009 1 comments
SU bekas MB diminta tampil bantu kes SMS ugutan Berita Harian Online (8 Mei 2009, 3.10 pm)
KUALA TERENGGANU: Polis hari ini menggesa Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, untuk tampil membantu siasatan kes khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan bunuh kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu bulan lalu. Gesaan itu dibuat Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner (SAC II), Hamzah Mohd Jamil, pada sidang akhbar di sini, sebentar tadi.
Dr Ramzi diberi 3 hari hubungi polis kes SMS ugutan 08/05/2009 7:10pm
KUALA TERENGGANU 8 Mei — Polis Terengganu memberi tempoh tiga hari mulai hari ini kepada Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh, untuk tampil membantu siasatan berhubung kes penghantaran SMS berbentuk ugutan kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Terengganu bulan lepas. Timbalan Ketua Polis Terengganu, SAC II Hamzah Mohd Jamil, berkata jika Ahmad Ramzi gagal berbuat demikian, polis akan mendapatkan waran tangkap terhadap beliau. Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa polis telah cuba mengesan Ahmad Razmi, yang juga bekas calon BN bagi kerusi Parlimen Marang pada pilihan raya umum lepas, di kediaman beliau di sini dan Kuala Lumpur tetapi gagal.
Ahmad Ramzi diminta menemui atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Terengganu, ASP Mohd Hadzwan Zulkefle di talian 09-6246222. Pada 13 April lepas, Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid, Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusoh, dan Adun Paka, Zakaria Abdullah, menerima SMS berbentuk ancaman terhadap keselamatan mereka.
Utusan Malaysia-Bernama)
Posted by MAMPAT at Saturday, May 09, 2009 0 comments
Thursday, April 30, 2009
LAPORAN SALAH LAKU FELCRA WILAYAH TIMUR
MAMPAT menerima sepucuk surat daripada kontraktor Terengganu yang mengharapkan satu tindakan positif daripada SPRM untuk menyiasat, penyelewengan. Surat yang ditujukan khas kepada MAMPAT memberikan satu gambaran pengiktirafan daripada masyarakat kepada MAMPAT untuk menjadi Nadi penyambung maklumat dan pembela masyarakat.
MAMPAT merasakan sebagai kumpulan Kontraktor kecil kelas F, mereka sepatutnya diberi peluang untuk mendapat secupak rezeki dan janganlah menganianya mereka.
MAMPAT memohon kemaafan daripada pengirim kerana lambat menyiarkannya di dalam blog kami. Insyallah sekiranya diizinkan ALLAH, MAMPAT akan membuat laporan SPRM pada minggu hadapan. Kepada pengirin surat ini, MAMPAT sangat berharap tuan/puan boleh menghubungi kami atau memberikan sebarang bukti tambahan untuk menguatkan dakwaan seperti kepada siapa kontrak ini diberikan, surat tawaran dll.
Posted by MAMPAT at Thursday, April 30, 2009 0 comments
Tuesday, April 28, 2009
MAMPAT BERSETUJU DENGAN PANDANGAN DATO' MENTERI BESAR KELANTAN
MAMPAT sangat-sangat bersetuju dengan pendangan ikhlas yang diberikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di mana mewujudkan akta menghalang wakil rakyat daripada "diculik, dilarikan, diugut, diancam, dijanjikan sesuatu dan kemudiannya melompat kepada parti lain. Sokongan MAMPAT berdasarkan kepada rasional, keadaan ini lebih baik kerana sekiranya kejadian ini berlaku, ianya akan menggugat kestabilan pentadbiran sesebuah kerajaan negeri. Berbanding dengan sekiranya seseorang Adun itu meletakkan jawatan, ianya hanya melibatkan dirinya seorang sahaja dan tidak melibatkan Kerajaan Negeri. Seperti yang sedang dialami dan berlaku di Perak.... Akhirnya...yang menderita adalah rakyat juga.....
BERIKUT ADALAH PETIKAN ARTIKEL DATO' MB KELANTAN
Nik Aziz cadang gubal akta anti culik wakil rakyat
Lanjusoh
Mon | Apr 27, 09 | 8:44:34 pm MYT
KOTA BHARU, 27 April (Hrkh) - Kerajaan dicadang mengubal akta anti culik bagi memastikan tiada wakil rakyat 'dilari dan disembunyikan' lagi pada masa hadapan sehingga boleh meruntuhkan sebuah kerajaan.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, akta seumpama itu lebih perlu berbanding akta bagi menghalang wakil rakyat meletak jawatan seperti dicadangkan ramai pemimpin Umno.
"Mana baik meletak jawatan secara terhormat atau menculik wakil rakyat dan kemudian memaksa mereka menyokong parti tertentu sehingga menyebabkan sebuah kerajaan tumbang.
"Itulah realiti yang berlaku di Perak sekarang sehingga kerajaan Pakatan Rakyat tumbang melalui rampasan kuasa. Kalau ada akta anti culik sudah perkara seperti itu tidak berlaku," katanya ketika dihubungi di Makkah hari ini.
Pada Febuari lalu tiga bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak 'diculik' dan kemudian muncul bersama Dato' Seri Najib Razak di Putrajaya dengan membuat kenyataan menyokong BN.
Mursyidul Am PAS itu mempersoalkan mengapa pemimpin Umno sibuk sangat dengan cadangan undang-undang anti meletak jawatan sedangkan peraturan anti culik lebih penting.
Sebelum ini pemimpin Umno mencadangkan diwujudkan satu mekanisme dari segi penggubalan undang-undang atau badan pemantauan bagi mengelak wakil rakyat meletak jawatan sewenang-wenangnya.
Ketua Puteri Umno, Dato' Rosnah Abdul Rashid Shirlin dilaporkan berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan berlakunya pilihan raya kecil yang semakin kerap diadakan akhir-akhir ini.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, taraf Umno sekarang seumpama wakil rakyat Bebas apabila belum memutuskan sama ada mahu bertanding atau tidak pada pilihan raya kecil Penanti, 31 Mei depan.
"Umno memiliki kerajaan yang besar tetapi sikap pemimpin mereka seperti wakil rakyat Bebas kerana belum pasti hendak bertanding atau tidak," katanya.
Baru-baru ini Perdana Menteri menyebut BN akan meneliti sama ada mahu menyertai pilihan raya kecil di Dun Penanti atau sebaliknya.
Pilihan raya kecil tersebut akan diadakan 31 Mei depan ekoran perletakan jawatan Mohamad Fairus Khairuddin yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Menteri Besar bersama isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak berada di Makkah bagi mengerjakan umrah lebih seminggu lalu. Keadaannya sihat dan dapat mengerjakan umrah dengan baik.
Beliau juga turut menyampaikan salam kepada seluruh rakyat Malaysia dan mendoakannya supaya dapat melakukan ibadat dengan sempurna dan selamat kembali ke tanah air.
Beliau dijangka pulang ke Malaysia pada 3 Mei ini. - mj _
Posted by MAMPAT at Tuesday, April 28, 2009 0 comments
Saturday, April 25, 2009
SENARAI JAWATANKUASA PUSAT YAYASAN AMAL MALAYSIA SESI 2009-2011
Tahniah kepada semua yang terlantik. Ingat, Amanah adalah suatu yang perlu dijalankan dan bukan dibanggakan.....
Presiden : Tn Hj Hussin Ismail ( menang tanpa bertanding)
T. Presiden : Tn Hj Jamuliddin Bin Elias
N. Presiden 1 : YB Dr Hj ABdul Rani Bin Osman
N. President 2 : YB Dr Mohd Hamdan Bin Khalid
N. President 3 : YB Dr. Halimah Ali Binti Abdullah
6 orang Ajk :
1. Abd Hamid Bin Seman
2. Hj Zaman Bin Abdullah
3. Mohd Misbahul Munid Bin Masduki
4. Jamsari Marsom
5. Azri Bin Mohd Aris
6. Prof Hashimi Bukhari
Posted by MAMPAT at Saturday, April 25, 2009 0 comments
YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU MENANG ANUGERAH
Tahniah....Tahniah....Tahniah.....
Itulah yang boleh diucapkan oleh MAMPAT dengan penganugerahan Negeri Terbaik kutipan sumbangan Derma Gaza, Palestin.
Kelihatan Naib Presiden YAMT menerima cenderahati daripada Ust. Hassan kerana menang anugerah Penyumbang Terbaik Rayuan Gaza....
Akhirnya segala kerjasama MAMPAT dan YAMT berhasil menyumbangkan sumbangan kepada Saudara kita di Palestin sebanyak RM 341 503.00
Posted by MAMPAT at Saturday, April 25, 2009 0 comments
BAHANA SMS PALSU : GROUP PENIMBUL MASALAH MENDAPAT BALA...
KUALA TERENGGANU – Polis sedang mengesan bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi membantu siasatan berhubung kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan bunuh, kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Fauzi Abduri berkata Ahmad Ramzi juga adalah calon Barisan Nasional (BN) bagi parlimen Marang pada pilihan raya umum ke-12 lepas, dicari untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.
"Ahmad Ramzi dicari kerana beliau adalah antara individu yang mengeluarkan kenyataan kepada media pada malam ketiga-tiga ADUN itu menerima SMS ugutan berkenaan.http://www.buletinonline.net/images/stories/berita2/symbolvideo.gif
"Polis ingin mendapatkan kepastian sama ada Ahmad Ramzi turut menerima SMS berkenaan atau sebaliknya kerana beliau turut memberi kenyataan kepada media pada malam tersebut," katanya kepada Bernama semalam.
Wartawan Buletinonline yang hadir pada tengah malam 13 April lalu menyedari kehadiran Ahmad Ramzi bersama dua ADUN BN ketika membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu menjadi persoalan.
Zakaria Abdullah ADUN Paka dan Abdul Halim Jusoh ADUN Permaisuri menerima ‘SMS Ugutan Bunuh’ dan merasakan nyawa mereka terancam lalu membuat laporan polis.
Dalam kenyataannya kepada pihak media, Abdul Halim berkata beliau percaya ia ada kaitan berhubung ‘usul undi tidak percaya’ keatas Menteri Besar Dato Ahmad Said.
Halim turut membuat tuduhan, SMS tersebut adalah dari Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Terengganu, berdasarkan nombor penghantar SMS yang diterimanya.
Manakala Ahmad Ramzi menjadi tumpuan pihak media yang mahu mengambil gambar ‘ayat ugutan bunuh’ dari paparan telefon bimbitnya (lihat video klip)
Namun, bagaimana SMS tersebut turut terdapat dalam telefonnya tidak dapat dipastikan kerana beliau bukan ADUN dan tidak disenaraikan sebagai salah seorang penerimanya.
Ahmad Ramzi telah berkeliaran di lokasi tersebut dari awal laporan polis dibuat sehingga tamat sidang media kira-kira jam 1.00 pagi.
Menurut ACP Mohd Fauzi Mohd Fauzi, polis telah mencari Ahmad Ramzi dirumahnya tetapi beliau tidak ada.
Hasil siasatan yang dibuat, beliau berkata, pihak polis telah menahan seorang kerani syarikat swasta berusia 31 tahun di Bandar Baru Bangi, Selangor Isnin lepas, 20 April, kerana disyaki menghantar SMS ugutan itu.
Beliau berkata perintah tahanan reman ke atas kerani itu dilanjutkan selama tiga hari lagi bagi membolehkan pihaknya melengkapkan siasatan.
"Polis Terengganu juga telah menghantar anggota untuk mengambil komputer di pejabat kerani itu bagi membantu siasatan yang dijangka selesai dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya
Posted by MAMPAT at Saturday, April 25, 2009 1 comments
YAYASAN AMAL MALAYSIA :MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN DWI TAHUNAN KALI KE 5
Perasmian disempurnakan oleh Ustaz Hassan Shukeri bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor).
Ucapan Pengerusi Amal Malaysia, Saudara Cikgu Hussin Ismali, merangkap Penasihat MAMPAT.
Semoga Cikgu akan terpilih sekali lagi sebagai Presiden YAM...
Tahniah Yayasan Amal Malaysia di atas kejayaan melaksanakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali ke 5. Exco YAM Cawangan Terengganu di Hadapan Dewan Persidangan.
Posted by MAMPAT at Saturday, April 25, 2009 0 comments
